19:44 0

Hefny Akui Bercinta Dengan Nad Zainal

Hefny Akui Bercinta Dengan Nad Zainal


Selepas Nad Zainal mengaku beliau berpisah dengan Azwan Kombos, ramai kaitkan dirinya dengan pengacara Hefny.

Kini segala-galanya terungkai. Hefny dengan Nad setuju membuat kenyataan.

Ini kata-kata Hefny:
“Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua”

“Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad & saya bukan punca. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” 

Pelakon dan juga pengacara itu turut memaklumkan yang beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Nad Zainal yang kini berada di Korea sebelum memberikan kenyataan ini dan mereka merasakan tiada apa yang perlu disorok lagi. 

Akhirnya mereka akui hubungan yang terjalin lebih dari kawan biasa dalam kata lain sedang bercinta la tu.



0 comments:

Post a Comment