17:51 0

Farhan Dedah Punca Penceraian, Kena Dera Abby Abadi

Farhan Dedah Punca Penceraian, Kena Dera Abby Abadi


Memang semakin rumit kisah Abby Abadi Dan Farhan. Setelah ramai menyalahkan Farhan tidak matang dalam usianya untuk melayari bahtera dengan Abby, akhirnya Farhan membongkar rahsia punca penceraian.

Suami Abby Abadi, Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal oleh isterinya.

Ini kata-kata Farhan:
"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri,"

"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak."

Farhan memberitahu media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Tambah Farhan lagi Abby Abadi sering meminta wang dan akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya. Farhan juga menafikan kes beliau sering keluar malam dan berkaraoke bersama rakan-rakan.

Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby Abadi. [sumber: Murai]


0 comments:

Post a Comment